Jika plagiator itu dalam kalangan pelajar Universiti, penulisan akademiknya wajar ditolak atau terus menggagalkan beliau dalam subjek tersebut. Oleh kerana plagiat adalah serius dalam dunia akademik, pesalah plagiat (baca: plagiator) jika didapati bersalah akan dikenakan tindakan tatatertib. TINDAKAN YANG BOLEH DIKENAKAN KEPADA PLAGIATOR Ini menyentuh kepada sifat seorang penulis akademik itu yang mementingkan diri sendiri, tiada sifat keaslian pada penulisnya (non-original) dan penipu yakni meniru kerja orang lain tanpa menyebut (cite) penuliis asal. ![]() Plagiat ialah salah satu kesalahan etika dalam dunia akademik. Dengan kemudahan internet pada masa sekarang, lebih ramai penulis akademik majoritinya pelajar yang meggunakan jalan pintas dengan menyalin dan menampal sewenang-wenangnya karya atau hasil kerja penulis akademik di dalam internet. Terdapat beberapa makna lain yang sama merujuk kepada plagiat, seperti penciplakan, ambil tanpa sebarang penyataan (citation), pengakuan karya ilmiah orang lain sebagai karya sendiri, atau salin dan tampal (copy and paste). ![]() Menurut Kamus Dewan, Plagiat atau ciplak atau plagiarisme bermaksud “perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tetapi mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri (Dewan Bahasa, dan Pustaka)
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. ArchivesCategories |